Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan
Yahudi. Dia bukan Jin atau apa juga makhluk lain
selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa
as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kmtiannya shngga beliau
nntinya turun semula keatas muka bumi ini lalu
beliau akan mati n di kuburkan di Madinah
AlMunawwarah. Sma jga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kmatiannya shingga kiamat nnti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan
Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan
banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji
ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari
bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as
dan mempunyai hubungan dengan makhluk
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasuk kan ke dalam penjara.
Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya
sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah
Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan
dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan
Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada
dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua
matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya
tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-
Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan.
Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir
ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm
kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah
pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis..
anda boleh membaca terus dari buku). Dari pada
Hadis ini jelaslah bagi kita bahwa Dajjal itu telah
ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi
ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah
Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh
hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya
adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu
minggu dan hari-hari berikut nya sama seperti
hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerusakan itu ialah 14 bulan
dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa
lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi
saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat
puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan
hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih
tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari
kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun
itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw
menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira
hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian
bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya
kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari seperti biasanya
kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam
selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka
masuklah waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia
telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam setengah misalnya, maka masuklah waktu
Asar, maka wajib kita sembahyang Asar
Begitulah seterusnya waktu Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga
habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun
pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang
setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari
Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah
memberikan kepadanya beberapa kemampuan
yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama
dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau
panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari
biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun
langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya
Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujan lah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun
turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga
ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur
dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal.
Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu
dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm
kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org
ygtidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg
beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi
menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi
zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”
H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama
dengannya seumpama syurga dan neraka dan
juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji
iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan
Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang
tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh
tentera udara atau lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehingga beribu-ribu
kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…
Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana
kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya
adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat
memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam
a.s.
sumber:http://
iday1blog.wordpress.com/2010/08/20/
mengenal-dajjal
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
silahkan komentarnya